13 October, 2015

Berjangkit ke menguap nie?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Uolls penah tak berada dalam situasi, apabila ada seseorang menguap, 
pasti akan ada orang lain turut menguap? Pelik kan... 
 Sebenarnya terdapat banyak spekulasi dan kajian yang dilakukan tentang menguap.

 Contohnya, menguap dikatakan berpunca daripada
saluran darah dalam badan manusia yang kekurangan oksigen.
 Namun memberikan oksigen lebih dalam badan tidak boleh menghentikan menguap.

Ada juga yang  menyatakan menguap melibatkan reaksi kimia, reaksi emosi dan reaksi tindakan. Terdapat satu kepercayaan di Greek yang menyatakan manusia perlu menutup mulut apabila menguap bagi mengelakkan roh terlepas dari mulut. Wah, menakutkan!
tapi kalau kita yang islam nie,menguap kena tutup mulut..supaya syaitan tak masuk dalam mulut..
Teringat komik ana muslim yang ada pasal syaitan tu..hihihi..


Kenapa agaknya menguap itu berjangkit?


Satu kajian yang dijalankan di Eropah, Amerika Utara, Asia dan Afrika, 
mendapati bahawa tabiat menguap yang mempunyai kesan berantai yang
 boleh menyebabkan orang lain juga menguap sebenarnya adalah disebabkan faktor emosi dan kedekatan individu.

 Lebih separuh daripada responden yang ditemui menyatakan jangkitan menguap mereka adalah di antara individu yang mereka kenali seperti keluarga dan teman rapat serta orang asing atau baru dikenali. Menariknya, kajian ini hanya menemui bahawa faktor paling penting yang menyebabkan seseorang itu boleh menyebarkan tabiat menguap adalah lebih kepada bentuk hubungan dan keakraban antara mereka dan bukan sebab lain.

Faktor saraf?

 Apabila melihat orang lain menguap,
saraf seakan meniru dan menyebabkan tubuh juga menguap.
 Ada sesetengah individu boleh menguap dengan hanya melihat gambar orang lain menguap. Tapi ada juga yang tidak menguap meskipun video aktiviti manusia menguap dipasang kepada mereka. Maksudnya di sini, menguap boleh berlaku kerana peniruan, apabila melihat orang lain menguap atas faktor emosi dan kedekatan tanpa kita disedari. Atas alasan-alasan dan teori inilah, menguap itu dikatakan berjangkit.


Antisosial? 

 Ada yang menganggap menguap adalah perbuatan normal,
namun ada juga negara yang merasakan menguap itu
adalah satu perbuatan antisosial sehingga kita menutup mulut.
 Normal atau tidak, kita mempunyai adab menguap yang perlu diikuti.
 Islam juga telah mengajar beberapa adab ketika menguap iaitu dengan menutup mulut dan sunat mengucapkan “Astaghfirullah” selepas menguap. Ia bukan sahaja mengelak daripada sebaran rantaian menguap ini kepada orang lain, malah kita juga mengikut hadis dan sunah serta berusaha melawan tipu daya syaitan.


wah!serius laaa...nieyl yg tgh menaip nie baca perkataan menguap..
nieyl sendiri menguap nie hah..huhuhu..power! hahaha..macam²..
padahal,mengantok pun ade nie...


-LOVE xoxo-
Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

3 comments:

  1. yer ker menguap ni berjangkit? haha..series tak tau ponnn..

    ReplyDelete
  2. Memang akan berjangkit... Hehe... Macam virus pula..

    ReplyDelete
  3. Memang berjangkit pun.. walaupun bukan kenalan kita yg menguap tuh.. Virus yg merbahaya hehehe..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)