08 August, 2015

CAT LOVERS: Penyediaan Litter Box

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Morning..selamat pagi sabtu semua..
bestnyer dapat cuti 2 hari ini..kalau ikutkan hati ini..
Tak nak buat apa² kerja pun..boleh?haha..
(igt kau anak raja?berangan!)
Dah² realitinya tiada istilah cuti dalam hidup kita nie..
Ada je benda kita nak buat..nak keluar rumah..
Lelagi ari cuti² nie..mood raya ada lagi..
banyak jemputan open house kan...
penuh kan tummy masing² tu...

Okey lah pagi ini nak share pasal penyediaan Litter Box..
Kalau kucing kampung atau kucing kat luar rumah..
Dieorang pandai cari pasir untuk membuang tut diaaa..

Kalau macam kucing indoor nie pun dieorang bijak asalkan..
kita kena sediakan litter box untuk dieorg...
nanti dieorg sendiri akan pergi carik..
tapi ada jugak yg jenis kena ajar..
Mcm Mieka ngan Nieki dieorg mmg sejak kecil memang pandai
cari sendiri..alir lah macam mana pun..die akan carik sampai jumpa..=)
Pastikan litter box yang akan digunakan tu bersih..
Tak nak ada sisa pasir atau najis yang lama²..
so,2 minggu sekali cuci la ye...
sebab kucing pun mcm manusia jugak,tak suka benda yang kotor² nie...
Isikan pasir dalam litter box yang dah bersih tu.
Tapi ikutlah keluasan bekas tu...kalau nak lagi mudah,
sukat dengan jari..isi pasir takat 3 or 4 inci saja..
jadinya, kita boleh jimat pasir..satu beg pasir tu boleh guna 3 or 4 kali jugak..
Benda yang paling penting sekali adalah Scooper..Untuk apa?
untuk kita buang najis² anak bulus kita.
Selepas najis tu bertukar menjadi pepejal, kais pada kawasan yang kotor tu..
buang dalam tong sampah..Kalau boleh buang hari²..
Supaya rumah kita tak berbau..kucing pun bersih selesa...
*nieyl akan buang najis anak bulus hari²..sehari 2 kali...
sebab ianya sangat menjimatkan perbelanjaan nak beli pasir kucing..
selain dari itu,rumah nieyl tak berbau langsung..
Ramai tetamu yang puji, walaupun nieyl bela 2 anak bulus..rumah still bersih dan wangi =)

Jadi,tiada alasan jaga anak bulus rumah berbau okey...
yang penting kita kena rajin..

Okey semoga tips penyediaan litter box membantu anda

-LOVE uolls-
 

2 comments:

  1. tapi hati2 ye.. lps cuci poo bersihakn tgn btol2 sblm makan atau sdiakan makann..

    ReplyDelete
  2. erm,kena rajinlah kalau nak bela kucing,kan.kakak IbuNoey ada bela kucing juga.tapi kucing dia pandai masuk tandas sendiri.lepas tu,buang bahan betul-betul kat tepi lubang tandas.nanti akak IbuNoey jirus je air. okey ke macam tu?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)