19 August, 2015

Apam Gebu by Nieyl

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dah banyak kali rasanya buat kuih apam nie..
cuma kali ni buat apam berinti..
biasa apam kosong je kan...
kalau ikutkan satu adunan tu boleh dapat
lebih kurang 100 biji cmtu la...

So, just buat 1 adunan je..nak makan bukan byk pun..
bagi jiran² sikit..
sekali hadap je abis..siap minta lagi..haha..
nasib baik adik beradik..so, xde ar malu..hahaha..

Resepi Apam Gebu

275gm Tepung Gandum (ayak)
220 Gula Halus
150ml susu cair
3 biji telur
3 sudu kecil baking powder (Ayak)
1 sudu besar Ovellate
1 sudu kecil esen vanilaa
Jem Strawberry

Pewarna

Cara - Cara

1. Telur + Gula Halus + Ovellate (putar sampai kembang )
2. Masukkan susu + Tepung + even vanila (putar sampai sebati)
3. Bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian + campur pewarna.
4. Masukkan dalam paper cup sedikit kemudian letak jem dan kemudian
letak lagi sedikit adunan.
5. Boleh kukus dalam 3-5 minit sahaja

Senang aje..selamat mencuba...

-LOVE uolls-
 

11 comments:

  1. Sementara nie terpaksa kuburkan niat nak membaking..skang nie akak masuk dapur kejap pun dh wek wek dh..canner..sobsss

    ReplyDelete
  2. sedapnya...nory suka apam gebu ni..huhuhu

    ReplyDelete
  3. Dah lama nak buat tapi x terbuat2..hehehe

    ReplyDelete
  4. wah comey n gebu n yummy sgt ni..

    ReplyDelete
  5. nampak merekah dan kembang elok je apam tu... sedappp

    ReplyDelete
  6. aida x pernah buat apam.
    sebab anak2 kurang makan apam :)
    nice la nieyl buat. gambo nyer menarik.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)