Resepi ikan Patin Masak Tempoyak

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Nak share menu berbuka puasa semalam..
peh!sedapnya..hihihi

Bahan bahan:
1 ekor patin saiz sederhana
2 senduk tempoyak
4 cawan air - agak agak pekat kuah disukai
1 biji cili merah - opsyenal untuk bagi kuah merah jer
1 batang timun - dipotong
Segenggam cili padi merah - ikut pedas disukai
1 inci kunyit hidup
Secekak daun kesum
Sedikit garam


Cara cara:
1) Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.
2) Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk. Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.
3) Masukkan daun kesum. Masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah tutup api.

seindahcerita: selamat mencuba

 

9 comments:

  1. terbaik.. tp resepi kami berlainan

    ReplyDelete
  2. Baru tengok gambar jer dah terlior ni...belom ada depan mata lagi... tempoyak punya hal..

    ReplyDelete
  3. Huhu... Masak tempoyak. Memang sedap.

    ReplyDelete
  4. tak penah makan .... sedap ek .....

    ReplyDelete
  5. Daun kesum susah nak carik. Hahhahaa.

    Anyway, jangan lupa join giveaway http://www.fadzirazak.com/2015/07/giveaway-blog-fadzi-razak-launch-2015.html. 12 pemenang dicari!

    ReplyDelete
  6. alamak..ikan patin tak makan tempoyak pun tak makan..kalau penggemar ikan patin masak tempoyak ni should try resepi Nieyl ni

    ReplyDelete
  7. my feveret.
    kat blog aida pun pagi ni citer pasal ikan patin masak tempoyak!!!
    syoorga duniaaa...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...