19 May, 2015

Resepi : Terung Telunjuk Berlada

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Siapa suka makan terung telunjuk?
Dulu masa duduk bawah ketiak mak lagi..
ini adalah salah satu makan fav lahh..
kalau masak tu kena pedas²..makan dengan nasi panas..
Peh!memang bertambah laaaa... :)

Ahad lepas teringin nak makan..
so,beli la..ade la dalam 25 biji cmtu...
Masak berlada...meh nak kongsi resepi..

Bahan-bahan
Terung telunjuk (dlm 25-30 biji belah 2 )
1 mangkuk sederhana ikan bilis (dikisar)
1 Mangkuk sederhana cili api (dikisar)
2 biji bawang besar (dikisar)
1 biji bawang putih (dikisar)
garam (secukup rasa)
1 sudu makan Gula (secukup rasa )

Cara-caranya

( terung telunjuk di goreng setengah masak dlu)
1. Kisar bawang putih +Bawang besar + Ikan Bilis + cili api (jgn halus sgt,jgn kasar sgt)
2. Panaskan minyak,tulis bahan² yang dikisar td..
3. Tumis sampai kering sedikit...letak garam n gula...
4. Bila bahan tumis dah nak garing² sikit..masukkan terung yang dah di goreng setengah masak tadi..
5. Gaul sebati dalam kuali...dengan api kecil...
6. Tutup api..boleh hidang :)

Selamat Mencuba :)

seindahcerita: sendiri post...sendiri terliur tgk gambar..hahaha

 

6 comments:

  1. Kalau kakak berlada biasa guna cili
    Tapi yg ini tak guna cili ye Nieyl.
    Makan dgn nasi putih memang sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..nieyl tertinggal cili api...hihihi...sori²..
      nieyl dah edit semula dah :)

      Delete
  2. nyumm.. alahai sedapnya lah sis... kena cuba masak nti ni..:)

    ReplyDelete
  3. memang sedap ... makan dengan nasi putih je pun dah membuka selera....

    ReplyDelete
  4. ooo nama die terung telunjuk nyeah..nie kalau makan time sahur sedap nie..ngan nasik panas2..ikan goreng garing2..

    ReplyDelete
  5. Tak penah tgk terung telunjuk....ape tu....tp mcm sedap je lauk ni

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)