Tips Kesihatan Untuk Kecantikan Mata




Selamat Petang..siapa rabun?angkat tangan...
hihi..angkat pun tak nampak..nieyl pun salah sorang yang rabun..
Start pakai cermin mata since tingkatan 3 until now la..dah bekerja..

Rimas sebenarnya nak pakai cermin mata ni tapi di sebabkan perasaan takut nak pakai...
kanta lekap..so,nieyl akan tukar cermin mata 3-5 tahun sekali..
sebab mungkin power kita meningkat..atau menurun..

kali terakhir nieyl tukar cermin mata 2 tahun yang lepas..
power turun dr 350 kepada 250 .. :)

Berikut adalah tips berguna untuk anda memelihara dan mendapatkan mata yang anda idamkan. 

 1. Pengambilan telur Kuning telur sangat kaya dengan lutein dan zeaxanthin yang sangat baik untuk mata. Walaupun ada orang kata kalau makan kuning telur kentut busuk kan..hihi..telur kuning  mengandungi kolesterol yang tinggi, namun kajian yang dilakukan oleh University Massachusetts Lowell, apabila seseorang memakan telur secara teratur sebanyak 2 hari berturut-turut dpat meningkatkan lutein dan zeaxanthin tanpa meningkatkan LDL (buruk) kadar kolestrol. 

 2. Perbanyakkan pengambilan Antioksida Selain dapat mengelakan dari mendapat penyakit kanser, antioksida sangat baik untuk mata. Antara makanan yang banyak mengandungi antioksida seperti buah beri, tomato, brokoli, bayam, kacang soya, karot, buah manggis dan sebagainya. So,nieyl amalkan minum pati berry innershine.

 3. Banyakkan mengambil Omega 3 Kajian yang dilakukan oleh Universiti Melbourne, Australia, menjelaskan pengambilan asid lemak omega 3 yang terdapat dalam ikan salmon dan makarel dapat membantu melambatkan kerosakan mata berbanding dengan mereka yang tidak mengambilnya. Yang ini nieyl tak pernah makan lagi la...hihi..mahal.. :P

 4. Supplemen Makanan tambahan juga diperlukan kerana nutrisinya dapat membantu mengurangan risikomata rosak. Tetapi jangan mengambil supplemen lebih dari sepatutnyakecuali atas arahan doktor. kalau supplemen nie maybe boleh try Carotomax Shaklee.

 5. Menjaga tekanan darah dan berat badan Menurut American Acedemy of Opthalmology, mereka yang mengalami tekanan darah yang tinggi dapat menghalang aliran darah ke mata dan nutrisi tidak akan dapat dicapai oleh retina mata. Manakala lemak dalam tubuh adalah tempat penyimpanan utama bagi nutrisi yang larut dalam lemak dan jaringan lemak inilah bertindak sebagai nutrisi pelindung mata. Info nie nieyl baru tahu..rupanya berat badan pun boleh menyebabkan kerosakkan mata ek.. (lemak)

seindahcerita: mata yang sihat..pemandangan menjadi lebih indah :)

 

3 comments:

  1. boleh amalkan tips ni nanti pulak. kan rimas rasa pakai spek. tapi kira sejak minum trigold aritu alhamdulilah kt rumah takde pakai spec lagi. boleh gagah lah kalau tidak tu masak pun nk kena berspek. memang rimas huuuu

    ReplyDelete
  2. nice sharing,nieyl...
    aida start specky darjah 5.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...