Assalamualaikuum...

Hari ini merupakan hari ke-4 ayah mertua meninggalkan kami sekeluarga..
Sibukkan diri dengan kerja-kerja di pejabat dapat mengurangkan kesedihan di hati..
Namun, untuk hati seorang isteri sukar untuk diramalkan..ada kalanya kita melihat ketawa..
senyuman nya tetapi dalam hati nya hanya Allah sahaja yang tahu...

Bagaimanapun..kehidupan dan perjuangan kita di dunia ini belum selesai..
kita harus meneruskan hidup walaupun setiap saat fikiran memikirkan ayah..

Alhamdulillah..hari demi hari adik2 ipar,en.husband semangat meneruskan hidup jelas ternyata..
kena lebih kuat untuk memberi kekuatan itu pada mak..
sekurang-kurangnya 3 bulan pertama semangat,perasaan sayu masih menebal di dalam diri..
Tapi Insya'Allah...kalau kita yakin dengan Allah..Allah akan permudahkan segalanya..
 Dalam pada masa yang masa, nieyl sibukkan diri ngan biznes online sane sini..
penuhkan segala aktiviti di masa yang terluang.. sambil tu bantu en.husband uruskan biznes catering.
Selalu pesan kat en.husband kalau kita tak usaha sendiri untuk diri kita..
sampai bila pun kita tak akan berjaya.. Yang pergi tetap akan pergi..
yang hidup kita perlukan semangat untuk teruskan hidup... Cari rezeki untuk family..
Ayah mesti tak nak tengok kite semua mcnie...Tak sedih bukan bermakne kita tak sayang... betul tak?
Tidak kira kita susah..senang..yang penting adalah Doa.. Allah itu maha mendengar..
Allah beri kita ujian dugaan sebab Allah itu syg kita..Allah nak kita menjadi Hamba nya yang taat..
Jadi setiap kali solat..jangan lupa berdoa pada Allah...Insya'Allah hati kita akan menjadi lebih tenang.. :)

seindahcerita: cari masa nak g daftar SSM..

1 comment:

  1. Allahuakbar..akak baru tau..salam takziah dr akak buat nieyl sekeluarga..al-fatihah buat ayah mertua nieyl..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...