Luahan hati : Anak

Salam..
Ketika di luar tingkap kelihatan air turun dengan laju..
hati mula terjentik dengan perkhabaran gembira..
Ya Allah..sungguh murah rezeki mereka..
Alangkah indahnya jika ianya berlaku pada hamba mu ini juga..
walaupun sentiasa berpegang bahawa ianya adalah rezeki..
sentiasa itu juga lah diri ini mengharapkan..

Keinginan dari tahun ke tahun sentiasa menebal di dlm diri..
luaran sentiasa menunjukkan keceriaan..ketidak kisahan tentang
segala persoalan sekeliling..hanya Allah sahaja yang tahu isi hati ini..

Sentiasa bermain di fikiran..
Seaindainya hari itu tiba..
lelaki ataupun perempuan..

Sebanyak mana pun keinginan..harapan yang tersimpan..
Hanya dengan izin-Nya semuanya menjadi kenyataan..

Usaha sentiasa menjadi misi pertama dalam hidup ku..

Sekiranya kamu di beri akan rezeki itu..
bersyukur la..hargai la ianya...
Sayanginya sampai akhir hayat kamu..

Air di luar tingkap semakin pelahan..
tapi air di dalam ini hanya mampu turun pelan-pelan..
membasahi pipi..

seindahcerita: tabahkan hatimu...wahai hati...

4 comments:

  1. sesungguhnya ujian Allah itu hanya untuk hambanya yang kuat dan tabah...bersabarlah nieyl, saat itu pasti akan tiba. Jgn bersedih..nikmati masa berdua skrg..

    ReplyDelete
  2. aduh nieyl..sedih akak bace...akak paham perasaan nieyl....

    usaha lebih yeak nieyl...kalo nie dah sedia mungkin boleh buat checkup di lppkn.... kalo takut lambat leh laa ke dr hamid arsyat....kawan akak buat kat situ, sehari dah tau puncanye...alhamdulillah, lepas rawatan dah boleh pregnant.... byk2 kan bace blog ttc yeak nieyl.... bykkan doa dan pohon pada Allah .....akak doakan nieyl sentiasa murah rezeki tuk timang baby...

    ReplyDelete
  3. ramai yang kata, benda ni lagi sedih dari umur dah meningkat tapi tak kahwin-kahwin lagi.pas baca luahan hati nieyl saya faham kenapa.sabar dan sentiasa bersangka baik dengan Allah, tu je sy boleh cakap.semoga nieyl dan hubby akan mendapat rezeki anak yang sangat dinantikan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...