10 July, 2014

TABUNG KECEMASAN GAZA AMAN PALESTIN

Salam..
Umum Sedia maklum bahawa Bumi Gaza
skrg di serang oleh rejim zionis sejak isnin malam.
Jumlah kematian dan kecederaan semakin meningkat.
Rumah-rumah dan bangunan sudah banyak yang musnah.
Atas rasa kemanusiaan dan tanggungjawab sesama islam,
Aman Palestin telah melancarkan Tabung Kecemasan Gaza Aman Palestin .

Marilah kita bersama membantu mereka dari jauh.
Usah bertangguh lagi kerana rejim zionis tidak pernah menangguhkan serangan
ke atas bumi Gaza dan palestin!

Dengan niat membantu saudara kita di Gaza,
 ianya adalah saham untuk kita di akhirat sana. InsyaAllah.
Dengan  hanya RM1 pun, insyaAllah dapat bantu saudara kita.
Jumlah tidak penting,yg lebih penting kita ikhlas.
Ikhlas itu ibarat seekor semut hitam yang sedang berjalan
 di atas batu yang hitam, pada waktu malam yang sangat kelam.

Anda boleh membuat sumbangan di mana-mana saluran atas nama bank antaranya :-

Aman Palestin Berhad

Bank Islam - 12029010047880
Maybank - 562263010787
CIMB - 8600460353
Bank Muamalat - 12070005133717
RHB Bank - 21245760004907 
Bank Rakyat - 220806195922 

Selain itu juga, kita boleh menyumbang melalui sms

Rasulullah SAW dalam hadisnya ada menyatakan :
"Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah.
Tangan yang di atas adalah pemberi dan
tangan yang di bawah adalah penerima." (Riwayat muslim)

seindahcerita : teruskan berdoa untuk saudara kita di Gaza & Palestin

2 comments:

  1. Sayu sungguh dgn berita psl gaza ;(

    ReplyDelete
  2. sedih sgt bile dgr cerita and gambar kat gaza..nak2 pulak israel laknatullah tuh duk attack baby2 and budak2..;(((((

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)