18 June, 2014

Kerana terpaksa aku relakan

Salam..
Memang dalam hati nie biler abis aje drama aku isterinya..
Dah xnak tengok dah drama seterusnya..
Yela..demam di buat nya..haha~
tapi apa kan daya..tersangkut jua dgn drama kerana terpaksa aku relakan..
Sebab yang pertama adalah

plot cerita yang sangat best..
ada unsur komedi..sedih...
mungkin tu yang menarik minat nak terus menonton..

Selain dari itu..haha~amar baharin yang berlakon..
gler tak tengok..sbb mmg niat dia..
Cuma kebelakangan nie dlm cter nie lebih minat lagi..
kira lakonan menjadi la..wajah kacak dah tentu la menjadi bualan org kan..
yg minat.minat laa...yg x minat..xleh nak ckp apa la..
pendapat masing2..:)

Nama Penuh: Amar Mohd Baharin
 Nama Komersial: Amar Baharin 
 Umur: 29 Tahun pada tahun 2014 
 Bangsa: Melayu 
 Asal: Kajang Selangor 
 Menetap: Kuala Lumpur 
 Pekerjaan: Pelakon dan Model 
Pendidikan: Graduan jurusan kejuruteraan elektrik UITM Shah Alam 
 Drama/ Filem:
Geng Surau musim kedua,
Anak Wayang (2009),
Pontianak Beraya Di Kampung Batu 2,
Drama Nazihah, Laila Manja (TV3),
Kau Dan Aku (Astro Ria),
Shopaholic,
Ketika Cinta Merintih,
Mat Kental,
Tanah Kubur,
Mimi Mencari Cinta (Astro),
Kerana Terpaksa Aku Relakan

Nama Penuh: Izreen Azminda Aznam
 Tarikh lahir: 30 Ogos 1985
 Usia: 26 Tahun
 Asal: Kangar, Perlis
 Kerjaya: Pelakon
 Drama: 
Sesuci Cinta Sofia,
CID 3278,
Gerak Khas,
 Atiqah Najwa 2,
 Dilema Wanita,
Air Mata Maria,
Pasrah, Pria,
 Bella,
Gila Auto Cinta,
 Apa Kata Cinta,
 Sedetik Aku Berpaling,
Nenek Kebaya,
Puteri Arora Beradu,
Ragam Menantu,
 Gelora Di Hati Sara,
Pasukan Gerakan Marin,
Isabella,
Juvana,
 Mendongak Ke Langit,
Tentang Dhia,
Penjara
 Filem: 
Nana Tanjung 2,
Otai Program: Seekers (Musim 6) & In Trend
 Pendidikan:
 Diploma Kewartawanan Integratif, Institut Media Integratif Malaysia (MIIM).
 Pencapaian: 
Tempat Ketiga, Dewi Remaja 2005/2006

Sinopsis Drama KTAR
Mengisahkan kehidupan Indah Harlina yang tidak seindah namanya. 
Kepercayaan seorang ayah hilang angkara fitnah dan rancangan mak dan kakak tirinya. 
Sekali gus merubah kehidupannya dalam sekilip mata.
 Dirinya umpama sebatang kara, tiada siapa mempercayainya lagi.
 Pertemuan yang tidak diduga Dato’ Sofiya membantu Indah yang sudah hilang hala tuju. 
Pertemuan yang tidak dirancang dengan Dato’Sofiya adalah satu 
Anugerah yang tidak ternilai. Indah berkerja dengan Dato’ sofiya sebagai PA 
dan Dato Sofiya menganggap Indah adalah Angle dalam hidup Dato Sofiya. 
 Dato sofiya memberi kasih sayang dan 
membaluti kemewahan seperti anaknya sendiri.

 Dato Sofiya mempunyai tiga orang anak lelaki. 
Tajul Razin , Tajul Fahin dan Tajun Zahin. 
Anak sulung Dato Sofiya Tajul Razin menerajui perniagaan arwah suami Dato Sofiya. 
Tajul Razin seorang anak yang taat pada orang tuanya.
 Bagi dirinya Mama dan adik-adiknya sahaja dalam hidupnya. 
Kehadiran Indah dalam keluarganya mengubah dirinya. Walaupun diawal pertemuan hubungannya tak berjalan dengan lancar. Bibit cinta lahir dari hari ke hari hingga menjadi kembang dan subur. 
 Kehadiran Tajul Fahin anak kedua Dato Safiya datang ingin merebut cinta Indah dari Tajul Razin.
 Disaat Tajul Razin memberitahu hasratnya ingin memiliki Indah, Dato' Sofiya menyuruh Tajul Razin mengundur diri dan memberi peluang pada Tajul Fahin memiliki Indah kerana perubahan yang ditunjukkan oleh Tajul Fahin menjadi 'Orang'. 

Demi mama dan adiknya untuk berubah, Tajul Razin terpaksa dan tanpa rela melepaskan Indah pada adiknya Tajul Fahin. 
Tajul Razin memendam rasa dan berpura-pura kuat bila berdepan dengan mama dan adiknya.
Indah menjadi sedih dengan tindakan Tajul Razin membiarkan dirinya dan 
memberi peluang Tajul Fahin rapat dan ambil berat keatas dirinya. 
 Dalam kekalutan dan kekeliruan Indah, Saiful bekas tunangnya pula datang ini membuatkan hidup Indah lebih huru - hara. Setelah pelbagai peristiwa yang berlaku Tajul Fahin nekad 
untuk mengembalikan Indah pada abangnya, 
bagi Tajul Fahin cinta abangnya suci dan ikhlas. 

Sehari selepas majlis akad nikah Indah menjadi keliru 
dengan tindakan Tajul Razin dia melarikan diri untuk mencari ketenangan. 
Disitulah dia berjumpa dengan Tajul Zahin. 
Tajul zahin menceritakan kenapa dan mengapa Tajul Razin membuat tindakan begitu.
 Perbuatan keji mak dan kakak tirinya cemburu dan dengki tak pernah padam. 
Disaat Indah baru mengharungi erti kebahagiaan Indah kemalangan dan koma.
 Doktor mengesahkan Indah mengandung. Yazid, Mak dan kakak tirinya menerima balasan yang setimpal. Tajul Razin dan Indah akhirnya bahagia setelah mengharungi pelbagai dugaan yang menghampirinya.

seindahcerita: semangat gler buat sinopsis..hahaha~

4 comments:

  1. bestnya cerita nie
    hari2 layan

    ReplyDelete
  2. gigih wat sinopsis..hehee..

    akak jarang la tk cite nie...

    ReplyDelete
  3. Berliku rupanya jalan cerita :) Dapat tengok yang awal-awal je. Sekarang dah tak leh tekun menonton. Sibuk masa ni. Tapi suka tengok karektor si Izreen sebagai Indah dalam cerita nih.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)