22 April, 2014

Migraine..migraine..

Salam..
Selamat pagi...
Hari ini baru mulakan keje..
Semalam EL sbb migraine..
OH no..klu migraine nie datang..mmg tak boleh nak buat ape la..

Maksud Migraine
Migrain ialah sejenis penyakit kepala yang kronik. 
Mangsa migrain mungkin tidak mampu menjalankan tugas seharian, 
tidak boleh makan, minum dan hanya mampu berehat sahaja ketika sakit menyerang. 
Pesakit migrain sering mengadu sakit berdenyut-denyut di sebelah bahagian kepala.
 Jika kronik, migrain boleh menyebabkan rasa pening (nausea), muntah, 
cirit birit dan juga sensitif terhadap cahaya dan bunyi.

Punca / Sebab

  • Tidak cukup atau terlebih tidur, atau tidur yang tidak teratur boleh menyebabkan migrain 
  • Pemakanan yang tidak seimbang
  • Perubahan cuaca (Ini termasuk keadaan pancaran matahari yang terang atau lampu) 
  • Bunyi dan bau kuat. 
  • Menonton TV atau menghadap skrin komputer terlalu lama. 
  • Tekanan emosi atau stres 
  • Merokok 
  • Jantina (3 – 4 kali lebih kerap di hidapi wanita berbanding lelaki) 
  • Ketidakseimbangan hormon ketika datang haid (bagi wanita)


    Namun begitu, punca sebenar penyakit ini masih belum dipastikan sehingga kini. 
     Pakar kesihatan percaya yang migrain adalah berpunca dari salur-salur darah 
    di dalam kepala yang mengembang dan kemudian menguncup secara mengejut. 
     Wanita mempunyai kecenderungan menghidap migrain yang 
    lebih tinggi berbanding lelaki (75%), kebiasaan sebelum haid dan selepas menopaus. 
    Penemuan terbaru juga mengatakan ia mungkin disebabkan genetik. 
     Bila migrain datang, pesakit akan diberi ubat tahan sakit, 
    ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. 
    Bagi pesakit yang agak teruk, dos dadah yang lebih tinggi diberikan agar
     dapat melalikan sistem badan mereka daripada kesakitan yang ditanggung.
seindahcerita: nieyl klu migraine mmg akan masuk bilik,tutup lampu,
tutup pintu,xnak orang kacau..dan Zzzzz..

5 comments:

  1. ANUM KALAU KENA MEMANG SPOIL MOOD

    ReplyDelete
  2. cer bernafas dgn tutup satu hidung, gilir-gilir sambil selawat...

    ReplyDelete
  3. Memahami sgtttt..sbb akak pun ade migrain..mmg xleh wat ape..nak kene duduk dlm bilik gelap dan senyap jeeee..

    ReplyDelete
  4. laaa nieyl ade migrain ke...siannye...dpt bygkan seksanye menahan sakit kepala tu .... kene hati2 kalo berjalan time cuaca panas tau nieyl senang migrain menyerang nanti....

    take a good care key dik..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)