14 March, 2014

APA!!! 1,000 helai tudung dalam almari?

Salam..Selamat pagi semua...
Pepagi lagi dah terkejut baca keratan akhbar 1000 helai tudung dalam Almari..
Biar betul..ish2..kite nie pun tudung pakai bertahun pun ade kan..
jom baca kisah si Mawar Fareeda yg cantik molek nie...

Rasanya belum ada lagi artis yang mampu pecah rekod Mawar Abdul Karm, 
isteri pelakon Fizo Omar yang mempunyai koleksi tudung sebanyak itu.
Kalau ada sila tampil dan tunjuk buktinya!
Haaa..... Tetapi itulah yang diberitahu oleh Mawar yang juga anak
pengasas tudung jenama Fareeda ini ketika ditemui pada
 mahjlis sidang media program Terima Kasih Sayang baru-baru ini. 

 Bukan itu saja, Mawar memberitahu tidak akan memakai tudung tersebut
lebih daripada sekali. Patutlah.. setiap kali tampil ke acara hiburan,
Mawar bergaya penuh stail dengan koleksi tudung-tudungnya. Kekwat tak??
 "Sebagai jurucakap dan pereka di Fareeda adalah menjadi tanggungjawab
saya untuk membawa jenama tersebut selain
menggayakan rekaan terkini dan sebab itu saya tidak akan
memakai sesuatu tudung itu lebih daripada sekali.
 "Siapa lagi hendak promosikan jenama Fareeda kalau bukan saya.
Betul tak?," katanya.Bagaimanapun kata Mawar,
kesemua tudung yang telah digayakan itu
tidak akan dibazirkan begitu sahaja dan akan diberikan
 kepada kenalan rapat atau saudara mara terdekat.
 Bercakap mengenai gayanya pada majlis berkenaan,
Mawar berkata bagi menyesuaikan tema majlis berkenaan
 dia mereka sendiri tudung yang dipakainya sehari sebelum acara bermula.

Malah kata Mawar, tudung berkenaan hanya siap
 pada sebelah pagi sebelum majlis sidang media itu bermula.
 "Kebetulan saya memang gemarkan warna Ungu
dan tudung yang saya gayakan ini mendapat inspirasi
 daripada tema berkenaan. "Rekaan ini bukan sahaja
untuk majlis berkenaan malah akan dijual kepada
 pelanggan mulai minggu hadapan," jelasnya.

seindahcerita: Shopping tudung pun jarang :P

11 comments:

  1. Perghhhh...banyak tu. Iyerlah...anak tokey tudung ☺☺

    ReplyDelete
  2. bapak banyak giler.. fuhh tokey tudung biasa la.. hehehehhe

    ReplyDelete
  3. Mak aih... Kalau pakai sehari satu, almost 3 tahun tak ulang2 dh... Hehe... Tapi xpela, die kan tokey tudung... Hehe

    ReplyDelete
  4. he3 tudung zaman belajar 10tahun lepas pon masih guna lagi, mana la bole sampai 1000... 100 helai pon x sampai.... he3

    ReplyDelete
  5. series..??!! gulp... sekali pakai jer pulak tu..eerr..macam membazir jer bunyik..hahaha...

    ReplyDelete
  6. pergh..pakai x lebih dari sekali...maknanye lebih 1000 la cam tu... kite ni sehelai tudung kalau boleh nak kena macth dengan 2 3 helai baju

    ReplyDelete
  7. tp klo tudung semuanya menampakkan buah dada rsanya ada 10k pon x berbaloi kot.huhuhu...

    ReplyDelete
  8. xpayah bayar bole la.. hihihi.... *mode jelez sbb xde dwet byk beli tudung mahal...haha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)