31 October, 2013

Pengambilan polis sukarelawan 2013

Ini banner yang asal..
tapi kalau kita pegi pada website sistem permohonan..
Bermakna boleh mohon lagi la bagi jawatan Konstabel Sukarelawan PDRM nie..
Tahu pasal pengambilan nie pun sebab malam tadi isi kan untuk orang..:)


Syarat dan kelayakan adalah seperti berikut:

1.JAWATAN INSPEKTOR SUKARELAWAN SIMPANAN POLIS LELAKI / WANITA:
- ELAUN PENUGASAN
• Elaun penugasan RM 7.80 sejam
- SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Warganegara Malaysia.
Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh temuduga.
Kelayakan:
• Telah ditauliahkan sebagai Inspektor Kor Sukarelawan Siswa Siswi (Kor SUKSIS).
• Mendapat kelulusan dan kebenaran dari Ketua Jabatan/ Majikan untuk berkhidmat sebagai Sukarelawan Simpanan Polis.
• Bersih daripada sebarang tapisan rekod keselamatan.
• Tidak menjadi ahli anggota lain-lain badan beruniform yang boleh dikerah tenaga di dalam keadaan darurat.
• Pengawal Keselamatan/Jaga yang bertugas dengan Kerajaan/ Badan Berkanun tidak layak memohon.
• Perkhidmatan Sukarelawan Simpanan Polis adalah tertakluk kepada jadual perintah/ peraturan/ kaedah PVR Regulations 1956, Akta Polis 1967 (Akta 344) dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian A 502.


2. JAWATAN KONSTABEL SUKARELAWAN SIMPANAN POLIS LELAKI/WANITA



- ELAUN PENUGASAN

• Elaun penugasan RM 6.00 sejam



- SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Warganegara Malaysia

Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh temuduga.

Kelayakan:

• Tamat SPM atau setaraf dengannya.

• Mendapat kelulusan dan kebenaran dari Ketua Jabatan/ Majikan untuk berkhidmat sebagai Sukarelawan Simpanan Polis.

• Bersih dari sebarang Rekod Jenayah/ Rekod Cawangan Khas.
Tidak menjadi ahli anggota lain-lain badan beruniform yang boleh dikerah tenaga di dalam keadaan darurat.
• Pekerja-pekerja dari kumpulan Key Personal seperti Hospital/ TNB (breakdown)/ Telekom (teach), Pegawai Keselamatan/ Jaga yang bertugas dengan Kerajaan/ Badan Berkanun tidak layak memohon.
• Sila sertakan 1 salinan kad pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Akademik dan Sijil Berhenti Sekolah/ Tamat Sekolah.
• Perkhidmatan Sukarelawan Simpanan Polis adalah tertakluk kepada jadual perintah/ peraturan/ kaedah PVR Regulations 1956, Akta Polis 1967 (Akta 344) dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian A 502.


- KELAYAKAN FIZIKAL

Pemohon – pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
• Tinggi sekurang-kurangnya: Lelaki: 162cm, Wanita: 152cm
• Berat badan sekurang-kurangnya: Lelaki: 50kg, Wanita: 48kg
• Mempunyai penglihatan yang baik;
• Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. Dan;
• Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.


Permohonan dan maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi PDRM di www.rmp.gov.my  atau Sistem Semakan Online - SSO).

seindahcerita: selamat mengisi borang :)

2 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)