19 September, 2013

Alhamdulillah..selamat sudah..black & Naquia

Salam..
Selamat Pagi semua..
Syukur Alhamdulillah...Allah masih beri peluang..
Menikmati dan bertawakal pada-Nya..

Korang dah sarapan ker?
Sambil2 sarapan tuh..meh layan sebahagian..
Gambar perkahwinan Black..
Sebahagian je..nak lebih2...Klik SINI










Jumaat lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Teman Pengganti iaitu Black sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Naquia dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Zebra Square, Kuala Lumpur.
Dengan sekali lafaz, juara Mentor musim ketiga yang merupakan anak didik kepada Mas Idayu itu selamat diijabkabulkan dengan Naquia Yasirah Mohamad Khairi, 28.

Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah, 26 telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaiti Mohamad Khairi Abu Hassan dan disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Saidina Umar Alkhatab, Bukit Damansara iaitu Mohamad Syukri Yaacob.

Naquia Yasirah atau lebih mesra dengan panggilan Cira Khairi menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran sebanyak RM12 000.

Majlis resepsi telah diadakan pada malam Sabtu, 14 September juga bertempat di Zebra Square di mana pelawak Nabil Ahmad muncul sebagai pengacara. Antara selebriti yang turut hadir pada majlis resepsi mempelai ini ialah Umie Aida, Mas Idayu, Farawahida, Tomok, Iqram Dinzly, Norish Karman dan Ifa Raziah.
Black pada malam bersejarah buatnya itu juga turut berduet dengan RJ untuk menyampaikan lagu Si Merah Si Putih yang merupakan lagu baru gandingan mereka berdua..

Sama cantik sama padan..
Semoga ikatan perkahwinan ini kekal hingga ke Jannah..Amin...

seindahcerita:tetibe lak rasa nak bukak album kahwin..hahaha

7 comments:

  1. da kawen da dia... ;p

    suara black tetap da best he3...

    ReplyDelete
  2. selamat pengantin baru black dan isteri...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tahniah buat mereka berdua

    ReplyDelete
  4. cantikkan pasangan mempelai ni nieyl...berseri2 akak tgk...moga kekal bahagia selamanye mahligai yg mereka bina...in sha Allah....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)