| kenali 2 di putrajaya |

Salam..
arini nieyl saje nak wat review pasal masjid..
sbb nyer ntah nape td nieyl tergerak ati nak tahu...
psl masjid..dr segi pembinaan nyer..
so,x salah kot nak berkongsi ape yg nieyl bace td kan...

Yg dah menetap di putrajaya sekian lame..
mesti la tahu akan masjid nie kan..
cantikkan bler di waktu malam..
kepada yg belum sampai ckit...
meh la terjah.. :)

Masjid Putra
Bila dan Di mana??
Masjid Putra didirikan pada 22 Zulkaedah 1419 H bersamaan 9 Mac 1999.
Pembinaan masjid ini bermula pada tahun 1997 dan siap pada tahun 1999.
Merupakan simbolik dan mercu tanda di putrajaya.
Masjid ini juga terletak bersebelahan ngan Perdana Putra, Pejabat PM dan Tasik Putrajaya.

Mengapa??Masjid ini dinama kan masjid Putra sempena Perdana Menteri kita yang pertama,
iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Konsep Reka Bentuk
Reka Bentuk masjid ini berdasarkan seni bina Parsi ketika zaman kerajaan Safawe.
Kubahnya pula, menonjolkan ciri-ciri masjid tradisi yang selalu nya di lihat di Timur Asia.

KetinggianKetinggian keseluruhan masjid nie menyamai bangunan 21 tingkat..Wow!
Mempunyai 4 aras termasuk bumbung..

PerkhidmatanAuditorium
Bilik Kuliah
Pengurusan Jenazah
Dewan Makan
Dewan Solat Utama
Perpustakaan

................................................................................................................................
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
Bila dan Di Mana??
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ini terletak di Presint 3 Putrajaya.
Mula di bina April 2004 dan siap sepenuhnya pada Ogos 2009.
Bakal Menjadi mercu tanda baru Putrajaya.
Mengapa di bina?
Masjid ini dibina untuk menampung sekitar 24,000 penduduk dan penjawat kerajaan
sekitar pusat bandar serta kawasan presint 2,3,4 dan 18.

Keluasan
Mempunyai keluasan sekali ganda berbanding masjid putra.

Pembinaan
Berdasarkan 3 konsep iaitu sederhana, angin dan telus.
menggunakan kira-kira 6,000 tan keluli (70%) selebihnya menggunakan konkrit.

Keistimewaan
Tidak memasanga kipas atau penyaman udara tapi menggunakan gas penyejuk.
Turut menggunakan seni bina jaringan wayar atau anyaman Masyrabiah.
Pintu gerbang mengguna konkrit tetulang kaca untuk menjadikan masjid kelihatan putih dari jauh.
Selain dari itu,hiasan dalaman jugak ade ukiran Asma Ul Husna, ayat-ayat suci Al-Quran

Kemudahan
Ruang solat termasuk dewan utama,dewan terbuka dan dewan solat muslimah
Bilik Pameran
Bilik Jenazah
Pejabat
Bilik penyelenggaraan
Raung letak kereta

seindahcerita: Sebenar mana dan secantik mana pun Masjid tanpa umat islam memeriahkan dengan ibadat solat lima waktu berjemaah adalah tidak berguna.Ayuh ke Masjid ! :)

4 comments:

  1. CANTIK PEMANDANGAN CAHAYA MASJID NI WAKTU MALAM...

    ReplyDelete
  2. nory selalu lepak2 depan masjid putra malam2...saja amik anginnn malam..hehe

    ReplyDelete
  3. aida nak ajak asben gi holiday kat putrajaya. jalan-jalan bwk anak. tapi asben lom ada masa...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...