17 December, 2012

|Kasih Sayang Suami dan Isteri|


Nabi Muhammad SAW bersabda: Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya.

Bagi isteri yang baik pada suaminya tiap hari akan mendapat SERIBU syahid (kerana ikhlas dan sabarnya). Wanita yang paling baik adalah wanita yang membahagiakan suami dalam segala hal yang diinginkannya, selain bermaksiat kepada ALLAH.

Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang bersifat lembut pada isterinya. Setiap hari suami yang baik kepada isterinya akan mendapat SERATUS SYAHID (kerana ikhlas dan sabarnya).”

Dengan hairan Umar bin al-Khatab r.a. bertanya, “Wahai Rasulullah, mengapa isteri dapat pahala SERIBU, sedang suami hanya SERATUS?”.

Nabi SAW menjawab, “Wahai Umar! Pahala dan keutamaan isteri lebih besar dari suaminya, kerana ALLAH SWT mengangkat darjat lelaki di dalam syurga beberapa darjat disebabkan redha dan doa isteri kepada suaminya.

Namun ketahuilah bahawa dosa terbesar setelah syirik kepada ALLAH adalah menderhakai suami. Dan takutlah kalian kepada ALLAH terhadap DUA ORANG LEMAH, yakni ANAK YATIM dan ISTERI.

Barang siapa yang berlaku baik kepada keduanya/lemah lembut, bererti ia telah menggapai redha ALLAH. Dan barang siapa yang berlaku buruk kepada keduanya, maka ia berhak mendapat murka-Nya.

Hak isteri atas suaminya adalah seperti hak-KU atas kalian. Barang siapa yang menyia-nyiakan hak ALLAH, maka ia akan kembali dengan mendapat murka ALLAH SWT dan tempat kembalinya adalah tempat yang paling buruk, yaitu Neraka Jahanam”.


seindahcerita: renung-renung kan :)

3 comments:

  1. moga2 en suami2 kita jgk kekal berbuat baik pada kita setiap masa,amin..
    p/sP insyaAllah nanti akakn l dpt layan kerenah sampai jgk masnaya NIeyl sendiri :)chill ye,sis :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)