|8 Ganjaran Buat Isteri Solehah|

Salam...
Selamat Pagi semua...
mood arini x de la..sbb nyer nieyl kesunyian ari...
eh..bkn arini aje...hingga ari jumaat...
sbb nyer jiran nieyl..kiri..kanan..depan semua xde...
mereka ke PD ade meeting kat sane...
so,tinggal la nieyl sorang aje kat kawasan nieyl nie...
nasib..nasib...

xpela...sunyi..memberi ketenangan jgk...
sambil dgr zikir2...
Oklah nieyl xde cter sgt nak share..
cume nak share ilmu aje..:)

Penah dgr x..
setelah bergelar isteri yang sah...
golongan wanita lah paling mudah mendapat pahala...
tetapi golongan wanita jgk la sangat2 mudah membuat dosa...
arini nieyl nak share 8 ganjaran buat isteri yang solehah...

  1. “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”
  2. “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
  3. “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”
  4. “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”
  5. “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”
  6. “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”
  7. “Apabila meninggal dunia seorang wanita dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
  8.  “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”

Lihat begitu mudah bagi seorang wanita atau isteri..
memperolehi ganjaran nye...
jom same2 kite terapkan dlm kehidupan kita...:)
"gambar hiasan"

seindahcerita: renung-renungkan...selamat beramal...

9 comments:

  1. mari kita jadi isteri solehah. mudah2an mendapat ape yang dijanjikan di sana nnt. in shaa Allah

    ReplyDelete
  2. manis nya menjadi isteri solehah..

    In Shaa Allah.. =)

    ReplyDelete
  3. senang je nak kutip pahala kan..
    semoga kita diantara org yg banyak mengumpul pahala itu :D

    ReplyDelete
  4. ada 3 sebab mudah wanita nak masuk syurga, salah satunya, ketaatan isteri pd suami..insyaAllah..jom sama2 amalkan

    ReplyDelete
  5. semoga kita sama2 peroleh pahala sbg isteri..hehe

    ReplyDelete
  6. semoga kita semua mampu menjadi isteri yg solehah hendaknya..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...