07 January, 2011

Hebatnya Jumaat

Hari Jumaat adalah hari yang besar bagi orang Islam. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda;

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari pada hari berkenaan ialah hari Jumaat"


Antara amalan-amalan yang digalakkan pada hari Jumaat ialah;

Istigfar. Sabda Rasullullah SAW, orang yang banyak beristigfar akan diberikan jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapinya dan dikurniakan rezeki.
Selawat. Selawat akan memberikan kita rahmat Ilahi, menghampirkan diri dengan Allah dan Rasul, menjadi cahaya untuk kita diakhirat. Malah selawat ini menjadi pelengkap kepada doa kita. Dimana, doa yang kita pohon akan tergantung antara langit dan bumi sehinggalah kita berselawat.
Al-Quran. Antara surah yang digalakkan bacaannya ialah Surah Yaasin dimalam Jumaat dan Surah Al-Kahfi. Sabda Rasullullah SAW, pembaca Surah Al-Kahfi pada malam dan siang Jumaat, Allah akan ampunkan dosanya sehingga Jumaat yang seterusnya, 70,000 malaikat akan memohon kesejahteraannya sehingga pagi dan di pelihara dari penyakit sopak dan kusta. Dan akan dilindungi dari Dajjal.


Amalan-amalan Sunat yang patut kita amalkan pada hari Jumaat ialah;

•Memotong kuku.
•Berhias dan memakai wangi-wangian
•Membersihkan diri, mandi sebelum ke masjid
•Memakai pakaian yang bersih atau baru. Seeloknya berwarna putih.
•Segera ke Masjid
•Berzikir
•Memberikan sepenuh perhatian kepada isi khutbah yang disampaikan
•Menunggu sehingga doa selepas solat Jumaat selesai dibaca imam
•Menunaikan solat sunat selepas solat Jumaat


Petikan dari ibadahislam.com

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)